24 June 2009

APA DIA CINTA?

Assalamualaikum...

-Apa dia CINTA?
-Bacalah komen yang diambil dari sini.
-Tulisan di sini telah di"edit", tulisan asal belum di"edit".

--------------------


Salam ustaz,

Saya teringat kata-kata seorang kawan saya (tunang saya), katanya, kalau kita tak cuba berkenalan dan bercinta sekarang, dalam 3-4 tahun lagi kita akan buat benda yang sama jugak kan?

Dalam 3-4 tahun akan datang itu kita sudah berumur 24-25, bagi lelaki itu mungkin perkara biasa dan umur ideal untuk berkahwin.. tapi bagi perempuan jika sudah sampai umur sebegini dan baru nak berkenalan sudah pasti susah kerana lelaki majoritinya mahukan pasangan yang lagi muda... dan kalau jumpa pun belum pasti itu pasangan yang serasi... dan bila sudah setahun berkahwin tak hairanlah pernceraian yang jadi penyelesaiannya.

Betul, jangan dekati zina, dan kita semua tahu apa perkara-perkara yang mendekatkan zina itu. Sebelum ini, ustaz cakap kalau kita dah berjumpa dengan seseorang yang kita suka dan serasi jangan terus putuskan hubungan tapi tahan dulu hubungan tu dan bila sudah mampu untuk bernikah, terus saja bernikah.

Saya bersetuju dengan pendapat ustaz ini. Sepanjang hidup kita, belum tentu kita akan berjumpa dengan seseorang yang serasi dengan kita, dan bila sudah jumpa, jagalah hubungan elok-elok. Saya adalah pelajar UIAM, dari observation saya, saya tengok ramai kawan saya yang sudah ada pasangan ini atau "kapel" hidupnya tidak hanyut dan cemerlang dalam belajar.

Saya bukanlah menyokong "kapel", tapi saya dapati mereka yang berpasangan ini rata-ratanya ada niat untuk bernikah, dia orang ada komitmen untuk itu. Tapi bagi mereka yg berpasangan hanya untuk suka-suka, ramai yang telah hanyut. Kita tak boleh samakan zaman kita sekarang dengan zaman khalifah Umar r.a dahulu (saja bukan cakap zaman nabi..).

Dulu khalifah yang cari rakyat tapi sekarang kita yang kena cari pemimpin, duhulu laki-lakinya berakhlak mulia dan perempuan semua duduk dalam rumah, tapi sekarang ramai lelaki suka tengok perempuan seksi, perempuan pulak ada yang bekerja sampai malam, jadi situasinya amat berbeza.

Kalau dulu perempuan duduk rumah sahaja dan tunggu lelaki baik datang meminang, tapi sekarang lain, tak ramai lelaki yang baik, dan perempuan pun sama, nak tak nak dia orang kena cari sendiri... dan dalam proses mencari itu mungkin akan melibatkn berkenal-kenalan...

Katakan umur 21-22 adalah proses mencari... dan berjumpa dengan lelaki yang baik... kenal la dia dalam 3 tahun katakan.. dalam 25 boleh terus berkahwin.. umur 25 adalah masa untuk berkahwin dan bukannya mencari.

Tapi, dalam 3 tahun itu bukanlah bermaksud kena ber"kapel" atau yang berkaitan dengannya, cuma kenal itu hanya sekadar kenal.. kenal dirinya, keluarganya, kawannya, etc... adakah itu salah dan dikira mendekati zina? yang penting, setiap pasangan itu wajib ada komitmen, sanggup memegang komitmen dan setia.

Saya dulu pernah memandang serong pada mereka yang ber"kapel", tapi stelah saya mengkaji sendiri rupanya ada kebaikannya... dan bila saya dengar ada orang cakap berkapel itu HARAM, saya diam.

Saya tengok dia... dia tak ber"kapel" tapi dia hanyut... jadi apa bezanya dia dengan orang tak berkapel? betul, matlamat baik tidak menghalalkan cara... tapi daripada saya hanyut keseorangan, lebih baik saya mencari pasangan dan kita orang sama-sama sanggup memegang komitmen, bila ada komitmen pasti ada rasa tnggungjawab untuk itu ini.


Belajar kena berjaya, buat kerja bersungguh, kumpul duit untuk kahwin sama-sama, tak buang duit untuk benda membazir, tak keluar malam berdua, tak bersentuhan dan sebagainya... tak kahwin lagi tapi merasakan tanggungjawab seperti orang sudah kahwin.. adakah itu salah?

Alhamdulillah, saya bertemu jodoh pada umur 20, dia seorang yang paham apa yang saya paham.. selama bersamanya tak pernah saya rasa untuk membuat sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah malah wujud perasaan untuk melindungi dia yang tebal dan mengawal diri dari perkara tak elok itu datang sendiri scara otomatik..

Kalau kita TAHU apa yg kita buat, itu akan mencetus MAHU agar bergerak untuk menuju MAMPU.. dan itulah yg sy buat... saya TAHU apa batas-batasnya dan sedaya upaya menjaga, dan itulah yg mencetus MAHU agar yang HARAM bertukar HALAL segera dan saya MAMPU untuk berbuat begitu... insyaallah, tak lama lagi kami akan bernikah.

p/s : Apa pandangan anda?

"Thabbit kulubana ala dinik"

2 kritikan:

R@bi@tuL @d@wi@h said...

Terpanggil lak utk komen..hehe ye mmg zaman skrg susah utk menolak kapel lebih2 lagi keadaan skrg yg selalunye mengundang ke arah itu.. mana tak nye bukak je tv cite pasal cinta, bukak radio lagu tentang kapel...even nasyid sendiri mendayu2 kau kekasih lah, cudipt lah...

hmm cumanya... biarlah kita dahulukan apa yg perlu dulu. Fikir dulu...sebagai anak...sudahkah kita melunaskan kehendak mereka? jaga kebajikan mereka? cukup ke perhatian kita kepada mereka? sebagai pelajar, kita dh cukup pandai ke utk ada komitmen lain? Sebagai Hamba kepada Pencipta...dh cukup kuat ke kita nk elak kan diri dari melakukan perbuatan maksiat?

Dan bg saya... utk ada komitmen dengan yg 'lain' kita kena adil dlm semua hal dulu sebelum dtgnya org luar dlm hidup kita...

Ingatan ini utk sy juga...dan paling penting....sentiasalah bermuhasabah diri...

senyum said...

Cinta tidak boleh tidak bermain dengan perasaaan. Sebab tu terasa seronok bercinta. Tapi...

Tapi benarkah cinta itu dizahirkan untuk "kapel"?

Apabila "YA", selamatkah kita untuk hindarkan diri dari dosa apabila berkapel nnti?

Apabila "TAK", cara apakah yang terbaik untuk mengenali bakal suami/isteri kita kiranya bukan berkapel?