26 August 2009

SUMPAH SERANAH?

Assalamualaikum...

Hendphone anda memang hebat. Boleh mengeluarkan bunyi bermacam-macam.

Pop, jaz, rock, nasyid, balada bla... bla... bla..

Tapi anda memang tersilap langkah sekiranya terlupa off ketika solat. Bukan solat di rumah bahkan di dalam masjid. Jemaah yang tadinya terlupa dunia tersentak kerana bunyi lagu Linkin Park yang anda minati.

Apa salahnya anda matikan atau silentkan alat canggih anda itu ketika hendak solat. Sekiranya anda dalam solat, jangan segan silu menyeluk saku untuk mematikannya. Jangan berpanjangan bunyi lagu yang didendangkan.

Waima, jangan anda terkena sumpah seranah jemaah sudahlah. B*d*h, tak ada o*ak, la**b*u bla... bla...

Atau anda tetap bersabar kerana menghayati lagu tersebut?


"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: