
Assalamualaikum...
Manusia dicipkan dengan sebaik-baik makhluk. Otak dan kurniaan akal menjadikan manusia lebih istimewa daripada binatang. Siapa yang kata pada dirinya bahawa baik dan buruk sama sahaja maka jelas ia di kalangan binatang. Benar??
Manusia punya mata tetapi mata mempunyai "keterbatasan". Begitu juga anggota lain, kaki, tangan, telinga, perut, fikiran bla... bla... mempunyai keterbatasan.
Bermakna manusia diciptakan sebaik-baik tetapi punya keterbatasan...
Akal yang sihat mendorong manusia menilai baik dan buruk. Tetapi setinggi mana manusia mempunyai daya untuk memikirkan buruk dan baik tanpa suatu bantuan?
Kita percaya mata tidak terdaya melihat benda yang sangat sinar tanpa bantuan, tapi kenapa kita tidak percaya akal juga perlukan bantuan untuk sesuatu baik dan buruk?
Penerimaan akal pada kita bukan sekadar yang "logik-logik" sahaja bahkan perlu pada yang tidak logik...
Sebagai contoh, mengapa kita perlu bersolat lima waktu, mengapa kita perlu berpuasa sebulan di antara 12 bulan, bla... bla...
Kerana itu Islam mengajar al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan akal dan kehidupan kita tanpa berbelah bagi. Apabila keraguan muncul terhadap salah satu antaranya, maka baik dan buruk itulah menjadi kabur pada diri.
Sini dan sini...
"Thabbit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment