07 October 2009

DUNIAKU TIDAK KEKAL


Assalamualaikum...

Bukan senang untuk menjadi manusia hebat. Hebat dari dalaman dan luaran. Hebat yang bukan bermakna tiada kelemahan tetapi hebat yang bijak menyelesaikan setiap kelemahan yang mendatang.

Kehidupan dunia hanyalah sementara. Lahir kita dan bakal kita dimatikan. Dengan kurniaan kehidupan di dunia yang sedikit, kita perlu bijak mengatur ruang masa dan perilaku. Masa janganlah dibazirkan dan perilaku perlulah "al-amin".

Manusia selalu terpesona dengan kurniaan dunia. Emas yang dicari tidak dipastikan kebersihannya dari perkara haram dan syubahat maka setinggi gunung sekalipun ia tidak memberi manfaat apabila mati kelak.

Sebenarnya kita buat lupa untuk memperkata pada diri pada setiap hari bahawa "duniaku tidak kekal".


"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: