
Umat Islam kini lemah. Lemahnya kita kini tidak bermakna kita lemah selamanya. Kita boleh bangkit semula. Kita boleh kembali lagi. Bangkit dan kembali pada Islam yang menguasai kita dan bukan kita menguasai Islam.
Kita perlu faham Islam.
Tamadun Islam yang dibina dahulu bukan kerana angan-angan yang kosong. Bukan juga kerana kata-kata tanpa perbuatan.
Ya, kita akui khalifah-khalifah tidak semua berlaku adil. Malahan ada dikalangan mereka yang zalim dan melampau. Lontorkan sejarah kotor ini supaya menjadi tauladan umat kini.
Kita sebagai umat Muhammad S.A.W yang masih hidup perlu faham, tamadun yang dibina dahulu bukan dicorok seperti tamadun barat kini. Tamadun yang memisahkan antara ekonomi dan agama. Memisahkan antara pentadbiran dan agama. Memisahkan antara politik dan agama. Memisahkan antara sosial dan agama. Memisahkan antara pentadbiran dan agama. Memisahkan antara mahkamah dan agama.
Jangan tersalah anggap!!.
Kita menolak bukan kerana kereta mereka, bangunan mereka, kilang mereka. Kita menolak kerana mereka tidak mengaitkan segala sesuatu itu pada hukum yang ditetapkan Allah.
"Thabbit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment