09 April 2010

SUKA DAN DUKA


دع الأيــام تفعل ما تشــاء * وطب نفسا، بما حكم القضاء
ولا تجزع لحادثه الليالي * فما لحوادث الدنيا بقاء
Assalamualaikum...

Hari-hari kita dihiasi suka dan duka. Suka bukan kerana banyaknya harta dan duka bukan kerana sedikitnya harta. Suka dan duka datang dari hati yang mendatangkan emosi atau perasaan.

Perasaan "cukup" kita pada sesuatu boleh merubah duka menjadi suka.

Begini. Katakan kita bekerja sebagai nelayan. Pada tiap hari kita mendapat 15kg ikan sehari tetapi pada suatu hari kita mendapat ikan hanya 1kg. Kita duka dengan hari tersebut. Kita berduka tetapi kita tahu duka itu datang kerana hati tiada perasaan "kecukupan". Maka apabila hati berkata cukup, duka pun dibaluti suka.

Suka dan duka sebenarnya adalah fitrah kita hidup di muka bumi.


"Thabbit kulubana ala dinik"

1 kritikan:

johan said...

saya setuju , hakikat sebenarnya perasaam itu bukanlah milik kita untuk menyatakan tidak puas hati .