Assalamualaikum...
Cabaran demi cabaran pasti berlaku. Hanya kekuatan dan ketabahan untuk mengatasi. Adakah kita tahu benda yang mendatang?. Mustahil dan pasti tidak tahu. Cuma tafsiran dan ramalan yang belum tentu tepatnya.
Cuba tanya pada diri kita : sudah bersediakah kita menghadapi masa yang akan datang??. Jawapannya pasti belum, haa.... itu tandanya kita perlu persediaan untuk menghadapi masa 'ke hadapan'. Ini tidak, apabila berhadapan dengan "problem" maka kita bertindak secara melulu.
Sebagai ciptaan yang dikurniakan 'AKAL', suatu tindakan perlulah kepada 'strategi'. Terlupakah kita pada hakikat akal ini??. Apakah akal ini hanya untuk menerima maklumat-maklumat yang mendatang sahaja, tanpa kepada pengolahan??. Fikirkanlah bersama...
Segalanya yang berlaku pada diri kita adalah hasil strategi akal. Bangun sahaja dari tidur, akal telah menyusun strategi berjalan ke tandas untuk membersihkan badan. Adakah ketika berjalan, akal mengatakan melanggar dinding dahulu baru masuk ke tandas. Pasti tidak kan.
Itu adalah strategi akal yang telah kita 'terbiasa' kerana gerakan-gerakan tersebut adalah rutin harian kita.
Adapun cabaran itu adalah tingkah laku kita yang tidak ketahui, maka akal perlu menyesuaikan keadaan untuk menghadapinya, cuma perlukan masa. Tak kisahlah masa singkat atau panjang. Lama kelamaan akal mampu menghadapinya.
Untuk menyusun strategi, kadangkala akal memerlukan unsur luaran. Inilah yang dikatakan akal perlu kepada pengolahan. Unsur negatif dijadikan tauladan dan unsur positif dijadikan petunjuk. Mudah bukan...
Tanyalah pada sesiapa sahaja : siapakah manusia yang tidak pernah menghadapi cabaran??. Pasti tiada. Perbezaanya cuma kecil dan besar cabaran itu.
Bertawakallah kepadaNya setelah kita berusaha menghadapinya. Insyaallah kita boleh melakukan.
Perlu kita ketahui cabaran bukan datang dari zahiriah saja tapi dari segi batiniah juga.
Allah berfirman :
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu, maka ambilla mereka (syaitan) sebagai musuh. (Faatir: 6)
Apabila merasakan sesuatu yang tidak kena pada diri kita iaitu antara baik dan buruk eloklah sekiranya aku sertakan serba sedikit strategi menghadapi masalah terebut.. ini hanya pengetahuan aku sahaja, banyak lagi strategi-strategi lain.
1>> Pertimbangkan dengan hukum 'syarak', jika "ngam" dengan hukum syarak pastilah itu benar (baik) dan sebaliknya apabila bertentangan dengan hukum syarak hendaklah diketegorikan sebagai salah (buruk).
2>> Kalau kurang pasti, samakan pula antara perbuatan kita itu dengan perbuatan orang-orang solih dan dipercayai. Sekiranya bersesuaian maka baiklah perbuatan itu dan sebaliknya.
3>> Kalau kurang keyakinan lagi, cuba bertanya pada diri kita sendiri apakah niat disebalik kita melakukan sesuatu perbuatan.
Sekiranya perbuatan kita itu takut akan Allah, maka perlakuan tersebuat pasti baik dan sekiranya perbuatan kita itu memenuhi hawa nafsu maka tinggalkanlah.. Kerana nafsu itu menyuruh membuat kerosakan.
Sebenarnya syaitan juga mempunya strategi yang tersendiri. Dan kita sebagai manusia perlu juga mengetahui strategi untuk menentang strategi (dari syaitan).
Oleh itu aku sertakan juga serba sedikit strategi syaitan serta sedikit penyelesaiannya.
1>> Syaitan cuba melarang kita dari berbuat taat kepada Allah. Apa yang perlu kita buat ialah bertanya pada diri kita: aku ini berhajat berbuat taat kepada Allah, oleh itu aku perlu menyediakan bekalan di akhirat yang abadi dengan persediaan di dunia yang sementara ini.
2>> Sesudah itu, syaitan akan berusaha lagi dengan menyuruh kita berlengah-lengah dalam membuat ketaatan. Maka katakanlah pada diri kita: Allahuakbar!! aku tidak mengetahui ajalku akan tiba.
Sekiranya aku tangguhkan pasti aku kerugian kerana pada hari esok ada amalan yang perlu pada hari esok dan hari ini ada amalan tersendiri. Tiap-tiap hari perlu kita kepada amalan.
3>> Maka syaitan pun akan menyeru lagi kepada diri kita supaya berbuat dengan tergopoh-gapah dan membisikkan kepada kita: cepat, cepat,cepat lakukan ketaatan engkau dengan cepat...
Sekiranya engkau cepat, engkau akan mempunyai masa yang banyak untuk berbuat kebaikan lain. Dan engkau dapat menambah pahala amalan engkau dengan lebih banyak lagi.
Katakan pada diri kita lagi: kan lebih baik aku berbuat sesuatu tetapi berkualiti dan sempurna dari berbuat banyak dan tidak sempurna. Ya, itulah seharusnya aku lakukan.
4>> Seterusnya syaitan akan berbisik semula: lakukanlah dengan sebaik-baiknya, kerana engkau akan dapat memperlihatkan perbuatan kebaikan engkau itu kepada penglihatan orang ramai.
Kalau sedemikian, katakan pada diri kita: apakah tidak cukup bagiku penglihatan Allah sebagai saksiku berbuat kebaikan??.
5>> Syaitan tidak berputusa asa dan berbisik kepada kita lagi: wah.... engkau sudah memiliki darjat yang tinggi. Apakah yang menjadikan engkau sehebat ini??. Wah.. banyaknya kelebihan engkau.
Katakanlah pada diri kita semula: Hanya Allah yang memberi kurniaan dan darjat pada diri aku ini, bukan aku sendiri yang menentukan.
Apakah ada darjat dan kurniaan yang lebih mulia dari sisiNya??. Bahkan tidak sesekali. Tiada tandingan kurnianNya dan nikmatNya kepada aku.
6>> Syaitan itu tidak berpatah hati, maka dia akan berbisik kepada kita: engkau buatlah amalan-amalan engkau dengan sebaiknya, sesungguhnya Allah akan menampakkan juga amalan hambanya yang taat kepada penglihatan orang ramai.
Mereka akan memuji kepada engkau dari golongan orang-orang yang melakukan amalan salih serta ikhlas.
Ya, katakanlah: engkau akan dilaknat wahai syaitan!!. Engkau datang kepada aku kerana ingin merosakkan amalan aku. Sebenarnya aku ini hanya hamba dan Allah adalah penciptaku. Terpulanglah kepadaNya terhadap amalanku.
Sekiranya dikurniakan darjat tinggi dan rendah adalah boleh kerana itu adalah kehendakNya. Terpulang kepaNya.
Aku tak kisah kalau penciptaku hendak memperlihatkan amalan aku dipenglihatan orang ramai, kerana mereka semua tidak mampu memberi kerosakan dan kebaikan kepada diriku.
7>> Dan syaitan berbisik kepada kita lagi: engkau sebenarnya telah dicipta dengan sebaikNya, tak perlulah engkau bersusah payah membuat amalan. Sedikit pun engkau tidak akan dimurkaiNya.
Perlulah kita menjawab pada diri kita: aku ini hanyalah hamba Allah, maka tentulah tugas hamba kepadaNya. Mentaati dengan tidak berbelah bagi kepada sebarang perintahnya bagi menentukan kehambaan aku kepadaNya.
................
Kesimpulannya aku nak nasihatkan pada diri aku dan semua, "ambil yang jernih buang yang keruh" buangkan hasad dengki pada diri kita dan sentiasa berdoa kepadaNya agar diberi taufiq dan hidayah.
"Buatlah sesuatu kerana Allah. Allah akan membuatkannya dengan indah". Cubalah...
Ameen.....
Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
4 weeks ago
0 kritikan:
Post a Comment