
Assalamualaikum...
Kadang-kala , tanpa disangka kita ketawa sendirian. Ini membuktikan kita sentiasa mengingati kisah "suka" yang telah dilalui. Apabila kita termenung pula, mungkin kebanyakan mengingati kisah "duka" yang telah dilalui. Suka dan duka memang adat sebagai makhluk yang digelar manusia.
Apabila ditanya tentang pilihan "memori" mana yang kita sukai, pasti kisah"suka" yang telah dilalui. Sebenarnya "memori suka" yang kita lalui akan serba sedikit mempengaruhi hidup kita pada masa "ke hadapan". Ini kerana, kita telah membuktikan bahawa, diri kita telah melalui sejarah yang baik dan pada masa akan datang tidak mustahil diri kita akan melalui semula sejarah yang baik itu.
Sekiranya kita ingin masa hadapan yang baik, kita seharusnya bermula dengan yang baik juga. Kehidupan yang baik, bukan hanya mengingati memori-memori baik yang telah dilalui sahaja, bahkan dengan melakukan pelaku yang baik pada masa sekarang. Sekarang bukan esok. Tiada siapa yang menjamin esok juga adalah milik kita. Bismillah...mulakanlah bersama.
"thabit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment