31 January 2008

PERINGKAT




Assalamualaikum..

Ada yang tua, ada yang muda, itulah fitrah alam. Yang muda akan menggantikan yang tua, yang tua akan menemui noktah hidupnya. Tapi beringat, umur muda bukan penentu hidupnya masih berbaki. Si anak kecil pun ada yang menemui noktah hidupnya, ini pula yang muda belaka.

Namun demikian, hidup ini perlu diteruskan. Manusia dikurniakan akal, kehidupan bukan bertujuan untuk makan dan minum saja, tapi hidup bertujuan sesuatu yang bermakna. Makna yang tersirat tanpa tafsiran yang satu.

Manusia patut berterima kasih kepada Allah kerana telah mengutuskan rasulNya. Bukankah bagi Allah, tiada perintah yang wajib bagi zatNya?. Oleh itu, rasul yang diutuskan adalah keharusan bagi Allah dan ianya rahmat bagi sekalian alam. Dengan utusan inilah manusia dapat memandu akal dengan sejahtera. Maka sebagai seorang insan, kita perlu bersyukur kepada Allah dan berselawat ke atas rasulNya. Selawatlah kepada rasulNya SAW agar kita dimasukkan ke dalam golongan yang menerima syafaat.

"thabit kulu bana ala dinik"

0 kritikan: