26 January 2008

SIKAP DAN TABIAT


Assalamualaikum..

Ancaman besar terhadap manusia adalah " sikap malas". Malas yang sepatutnya boleh diubati dengan keupayaan diri sendiri, tapi dibiarkan menular mengatasi diri.

Merelakan diri diawangan sikap negatif melebihi sikap positif. Kaki yang sebenarnya menjejaki bumi, dibiarkan menjelajahi langit yang tidak mampu dinaiki. Hakikat dan khayalan sama sahaja bagi si pemalas itu. Bagaimana ingin mengatasi sang penjajah, padahal serumah pun mencari musuh??.

Apa ertinya mulut, sekiranya hati meluahkan "cuka" sahaja. Perlu berbicara sebenarnya, "tak banyak sedikit pun boleh". Sememangnya mainan alam, entah esok atau lusa generasi yang sama juga akan turut terkena.

Salah memang adat. Tak salah, jagan lupa kita ada masa hadapan, penuh halangan yang wajib dilalui. Jatuh bangun semula. Alam ini bukan seperti satu perlawanan badminton, ada yang kalah ada yang menang. Alam ini, nak kalah bersama boleh, nak menang bersama boleh. "tak de hal"..

Cuma, jangan lupa tabiat kita apabila melakukan sesuatu pasti berkehendaki yang lebih mengetahui dan lebih arif. "ALLAHU RABBUNA". Minta padaNya setelah melakukan usaha. "usaha KE ARAH kebaikan". Yang dirancang dan tidak dirancang oleh kita adalah baik belaka.

"thabit kulubana ala dinik"

0 kritikan: