15 November 2006

AKHIR DAN AWAL


Menatap pada tajuk, terbayang dibenak kita; sepatutnya awal dan akhir…..

Terima kasih kerana melawat blog ini. Tajuk ni tak ada benda yang menariknya, kalau para pelawat tak ada masa, tak payah baca sampai habis.

Aku teringat lagi, masa kecik-kecik dulu aku suka main pasir, suka sangat!!. Umur aku masa tu dalam lingkungan 3-6 tahun. Aku suka main pasir sebab macam panjat bukit, pastu main korek-korek pulak kat pasir tu.

Ni cerita betul. Aku teringat sampai sekarang sebab selalunya kalau aku main pasir mesti dapat penyakit di kulit. Dah baik main semula, dah baik main semula.

Itu cerita dulu-dulu, bagaimana dengan pembaca sekalian, mesti ada pengalaman waktu kcik-kecik dulu. Kalau diringatkan mesti rasa seronok bukan.

Sekarang aku di alam remaja, entah sempat menempuh alam dewasa atau alam ke tua tidak??. Sekurang-kurangnya kita sama-sama berdoa agar dipanjangkan umur. Dengan umur yang kita perolehi nanti dapat la sedikit sebanyak menyumbangkan kepada Islam.

Nak kembali ke zaman mainan kita,emmm… mana boleh, jadi maknanya kita akan sentiasa bergerak ke hadapan bukan ke belakang. Nak lebih faham lagi telah bermula dan akan berakhir. Masalahnya bila berakhir?

Sekiranya kita kaitkan dengan kehidupan seharian kita, memang semua benda bermula dan berakhir, kecuali pencipta alam ini. Jadi setiap benda yang terjadi ada awal dan ada akhir.

Mana ada benda yang bermula dari akhir!!. Oleh itu sudah menjadi lumrah setiap sesuatu bermula dari awal. Maka dengan itu, mari kita mulakan kerajinan kita, mulakan ketekunan kita, mulakan kecermelangan kita dan mulakan senyuman kita yang sudah sekian lama terperam.

Dan yang penting kita mulakan dakwah kita...
Dan terima kasih kerana tidak membaca tulisan ini dari rangkap yang terakhir.

Apa lagi…mulakan

0 kritikan: