Sejak akhir-akhir ni ramai orang yang dah "terer" mengendalikan blog. Tak kira la yang cantik, tercantik, paling cantik yang penting ber'blog'.
Nak buat blog ni mesti dan wajib menguasai internet terlebih dahulu. Tau banyak ataupun sedikit yang penting ada kemahuan dan usaha bersungguh-sungguh.
Nak panjangkan cerita, internet ni ada kesan positif dan negetif. Padahal benda ni berada di hujung jari kita sahaja. Boleh dikatakan, internet ni ada segala-galanya walupun pada hakikatnya internet ini berada di alam maya. Kepada pengunjung laman web aku ni, apakah pandangan anda tentang internet??. Terpulang……
Blog ni boleh diibaratkan sebagai buku nota kita. Kadang-kadang kita terbaca sesuatu yang menarik, maka kita merasa rugi sekiranya kita tidak mencatat dan berkongsi bersama-sama kawan. Haaaa… bagaimana pendapat aku ni diterima ke tak??
Tak salah rasanya aku katakan blog page9 ni masih baru, banyak benda yang perlu aku pelajari, tak kisah la dari segi mana-mana pun. Kalau ada sesiapa yang nak bantu aku, dipersilakan.. amat dialu-alukan.
Sebagai seorang perantau memang memeritkan, apatah lagi berjahuan dengan keluarga, akan tetapi keakrapan diantara pelajar-pelajar menghilangkan resah dihati berjauhuan diperantauan.[1] Mana tau dengan menulis di blog juga dapat menghilangkan resah dihati. Pendapatku …
Nak berlawan-lawan dalam penulisan blog?? Emm …mungkin ada dihati kecil kita, tapi tak mengapa itu adalah perkara sihat kalu tak berlebih-lebihan. Yang penting sekali, semoga dengan adanya blog, kita dapat membantu menyubur dan menghidupkan lagi gerakan islamisasi masyarakat
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. [3]
Untuk lebih faham lagi, ayat tersebut mengajak membuat kebaikan dan membasmi perkara yang keji ataupun jahat (mungkar)[4]. Dan yang penting kita sebagai ummat nabi Muhammad mesti berprinsip begitu.[5] Mesti…
Tak kira la, dari segi apa mereka yang ber'blog' ni tulis, pengalaman, diari harian, terjemah buku, bersastera dan lain-lain lagi, yang penting tujuan ke arah mengimarahkan ayat tersebut. Emmm …apa agaknya maksud mereka yang menulis blog untuk tujuan sebalinya??
Nak tulis ni mesti ada masa yang panjang, jadi kawan-kawan sekalian masa mana anda luangkan utk ber'blog' ini. Elok rasanya aku tuliskan masa ini kepada 4 bahagian.; untuk agama, utuk mencari rezeki, khidmat kepada manusia dan merehatkan badan [6]. Pilih la masa mana anda lakukan ber'blog' ni??
Kadang-kadang dalam kepala otak aku ni muncul fikiran-fikiran yang kotor. Mana tidaknya, aku fikir, orang-orang yang ber'blog' ini mungkin nak bertemakan "trend mengurangkan rasa berdosa"[7]. Ye la, ber'blog' ni merasakan diri dah berbuat kebaikan.
Tak kira la dimana anda!! . Yang penting, mempelbagaikan dakwah anda[9] dan tiada dendam diantara penulis dan pembaca blog[10]. Anda semua yang menentukan baik buruk penulis blog. Semoga dengan imu yang kita ada diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Walaubagaimanapun, aku nak ajak pelawat blog ini berhibur sedikit dengan menonton youtube; Tanya Linda-hantu[11] dan ulasannya[12].
[1] . kenangan semalam
[2] . perasmian
[3] . surah Al-hajj, sebagian ayat 41
[4] . safwatul tafasir, penukilan oleh Syeh Muhammad Ali Sobuni cetakan 2002
[5] . Tafsir an-nafasi,cetakan pertama dari darul nafasi
[6] . Hadith assulasak Imam Hassan al Banna,m.s 449
[7] . diary seorang mujahid
[8] . kamar rahsia
[9] . saiful islam
[10]. tranungkite
[11]. tanya linda
[12]. seekers-malaysia
0 kritikan:
Post a Comment