12 November 2006

MARI MENGENAL

Assalamulaikum buat sahabat-sahabat, kawan-kawan, dan umat Islam. Ahalan wa sahlan dan ucapan terima kasih kerana melawat blog yang telah dilancarkan ini.


Alhamdulilla, segala puji-pujian hanyalah kepada Allah SWT yang telah memberikan nikmat yang besar terhadap kita; iman dan Islam.


Ucapan terima kasih kepada sifu aku, kawan-kawan yang banyak membantu dalam melakarkan blog ini, jesteru mengajar membuat blog dengan baik sekali.


Sebagai mukadimah, aku ingin memperkenalkan serba sedikit tentang sejarah tertubuhnya blog ini.Apabila ingin membuat sesuatu yang baru pasti terfikir di benak kita tentang nama.Tentu sukar sekali utuk menentukan nama yang terbaik serta membuahkan hasil.


Justeru itu, aku pun mencari nama-nama yang sesuai untuk di'subtaitle'kan pada blog ini. Antara nama yang tersingkir dalam pemilihan ini ; ibnmohamad, gombreng, nuur02,simai02, biasanilmu, martili05 dan al-ayyam. Semua nama ni ada sejarahnya tersendiri. Namun demikian aku telah meletakkan nama blog ini sebagai page9. Mudah-mudahan ada hikmahnya di sebalik nama tersebut.


Gambar yang termaktub di atas sekali tu, gambar sekitar martil, penuh bukit-bukau. Penduduk di sini ada yang tinggal dekat atas bukit.Best tull!! Boleh capai awan. Oleh kerana aku tinggal di sini, maka gambar tu pun jadi tema blog aku.


Kenapa pilih warna hitam?? Ni soalan cepu emas bagi aku. Sebenarnye nak letak warna coklat atau kuning cair, tapi yang
selesanya pulak warna hitam. Gitu la….


Benda yang berhias-hias kat tepi tu sifu yang ajar, termasuklah jam, tempat comen, link dan lagu. Terima kasih banyak aku ucapkan kat sifu.


Tanpa berceloter panjang, al-kisah tertubuhlah blog ini dan dinamakan wwwpage9.blogspot.com

sekian

0 kritikan: