13 November 2006

FIKRAH???

Bertemu lagi kita kali ini. Tulisan aku kali ni tak de benda pun. Sebenarnya aku masih tercari-cari, perkara apa yang perlu diisi pada blog ini, sesuai dengan keadaan aku yang serba kekurangan dan kelemahan menguasai ilmu.


Nak cerita tentang fiqah, aku tak berapa arif sangat, nak cerita tentang pengalamn aku, tak ada la banyak sangat pengalaman aku, nak cerita tentang diari seharian aku, emmm… macam biasa la aku buat, makan, minum tidur, baca buku, bukak komputer.


Mengisi dan mem'blog' seperti apa yang aku kata di atas, adalah lebih wajar orang yang tengok blog aku ni lawat pada blog kawan-kawan aku. Di sebelah ni tertera link kawan-kawan aku yang sama pengajian di bumi Andalus ini. Tulisan mereka lebih bernas dan matang.


Kepada sesiapa yang melawat blog aku ni, jangan pelik pulak tulisan-tulisan yang aku akan tulis nanti, sebab tulisan yang Insyallah aku akan tulis ni tak tentu. Maksud aku, tulisan aku kadang-kadang pasal ekonomi, politik, isu semasa, fiqh, akidah dan lain-lain, jadi jangan pening-kepala tengok blog aku ni.


Satu lagi perkara, aku cadangkan kepada para pelawat membuka blog kawan aku ni. Tulisan dia baik sekali untuk tatapan umum yang cintakan ilmu, tajuk tulisan tu "kita dan ilmu".

kalu nak tengok blog yang relaks siket tengok la blog musmai. Ni blog kawan aku jugak, belajar dekat bumi Andalus ni.


Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih kerana melawat blog, dan dialu-alukan utuk menegur dan mengkritik secara membina kepada aku. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah Taala. Sekian...



0 kritikan: