
Gagal....setiap orang pasti merasai kegagalan dalam hidup ini. Ada yang gagal dalam bercinta, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam peperiksaan dan macam-macam lagi kegagalan yang berlaku dalam kehidupan kita ini. Tapi yang pastinya setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini pasti ada hikmahnya walaupun kadang kala kita merasai perkara itu remeh.
Begitulah juga dengan kegagalan, Allah tidak akan memberi kita kegagalan kecuali ada hikmahnya yang tersendiri. Contohnya jika kita gagal dalam percintaan mungkin Allah mahu kita merubah diri kita lebih baik atau mahu mengajar kita erti cinta yang sebenar. Jika kita gagal dalam peperiksaan pula mungkin Allah mahukan supaya kita lebih berusaha dan tidak kenal putus asa. Bermacam-macam lagi lah alasan dan hikmah Allah memberi kita kegagalan yang penting kita mencari hikmah yang tersembunyi dalam kegagalan kita itu.
Yang pastinya itu semua adalah ujian dari Allah. Sesungguhnya setiap orang tidak akan lepas dari ujian Allah tidak kira ujian itu berat atau ringan. Ujian itu adalah tidak lain dan tidak bukan hanya semata-mata untuk menguji tahap mana keimanan seseorang itu. Jika kuat iman seseorang itu maka dia akan sentiasa sabar dan redha jika tidak maka tergelincirlah seseorang itu dari landasan yang sebenar.
".....Fabasyirris shobirin..."
0 kritikan:
Post a Comment