
Sahabat..mengikut takrifan drpd Imam Ghazali "sahabat adalah orang yang tidak pernah melupakan sahabatnya di dalam doanya"..
Lukmanul Hakim juga ada memberi petua bagaimana untuk mencari seorang sahabat, pesan Lukmanul Hakim "wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari sahabat sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai sahabat. Jika tidak demikian maka berhati-hatilah"..
Lukmanul Hakim juga berpesan "bila engkau bersahabat, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadnya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu"..
Jadi fikir-fikirlah dalam diri kita adakah diri kita telah boleh digelarkan sahabat sebagai mana yang ditakrifkan oleh Imam Ghazali. Banyak manakah doa kita kepada sahabat-sahabat kita?..
Jawapannya ada dalam diri kita......
"Tidak sempurna IMAN seseorang selagi mana dia tidak mengasihi sahabatnya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"...
0 kritikan:
Post a Comment