Assalamualaikum...
Setiap perbuatan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Makan, minum, berlari, berjalan, mentadbir, tidur, melihat, mendengar dan segala-galanya. Perbuatan tersebuat pasti akan ditanya sama ada dilakukan atas dasar kebaikan atau sebaliknya?.
Bukti yang mengatakan setiap perbuatan akan dipertanggungjawabkan boleh dilihat dari diri sendiri. Apabila lapar, kita akan menyuap makanan untuk menghilangkan kelaparan, apabila sakit, kita mencari ubat untuk menghilangkan kesakitan dll. Pada contoh ini, kita dapat melihat bahawa memperlakukan sendiri untuk menghilangkan sesuatu dengan sesuatu. Bukankah makan adalah perbuatan yang datang dari usaha sendiri?. Masakan tidak, makanan disuap justeru dimamah supaya dapat ditelan.
Apabila "hati berkata" tidak perlu berusaha untuk sesuatu kerana telah ditetapkan sama ada diri lapar atau kenyang. Sekiranya begitu; mengapa kita perlu mencari makanan untuk menghilangkan lapar?. Cukup berserah, sama ada kita berada dalam penetapan "kenyang atau lapar".
Tetapi perlu ingat, perbuatan yang dilakukan bukan segala-galanya mutlak dari kita. Sebagai contoh; seorang pemandu memandu dengan cermat di jalan raya, tetapi kerana faktor lain seperti cuaca, jalan dan kenderaan, pemandu tersebut mengalami kemalangan. Oleh itu, usaha adalah dari sendiri, tetapi hasil dari penetapan.
Di akhirat kelak, kita tidak akan dipersoalkan "hasil" apabila melakukan sesuatu, tetapi dipersoalkan "usaha" kita untuk memperolehi hasil. Jadi, bersama kita usaha untuk menyuap makanan sambil mengingati soalan-soalan yang ditanya kelak. "Akal memikir, hati berkata, bukti perbuatan".
"Thabit kulubana ala dinik"
p/s : Ini pun meng"up date" dari pc kawan. Masih bermusafir....

0 kritikan:
Post a Comment