06 March 2008
SEBELUM DAN SELEPAS
Assalamualaikum..
Perancangan yang hebat perlu kepada penelitian yang bersungguh. Perancangan perseorangan mungkin hebat, tetapi untuk nampak lebih hebat adalah dengan berkumpulan.
Perkumpulan atas nama kebaikan membawa diri kepada sikap yang "kental". Biar tsunami menyembah diri, perjuangan akan tetap diteruskan. Berbeza perkumpulan berdiri di atas kesamaran, mereka mudah lelah dengan ujian. Sebelum perancangan mereka hebat dan selepas perancangan mereka jatuh "terkulai". Mungkin "mati katak". Jangan berbicara tentang perkumpulan sesat, kerana kesesatan sangat berbeza dengan kebenaran kecuali mereka yang berfikir dengan kepala lutut.
Perancangan yang benar tidak "termati" apabila berlaku kegagalan, bahkan perancangan itu terus berjalan. Jatuh bangun kembali kerana fitrah manusia bukan sahaja memerlukan kecantikan luaran tetapi juga dalaman. Dalaman yang bermaksud roh yang merasai kesakitan apabila jari terhiris dengan pisau.
Kebenaran yang datang dari wahyu Ilahi tidak bertentangan dengan akal yang berfikir secara "tulus dan mulus". Contoh; adakah akal yang "salim" mengatakan keadilan perlu disembunyikan demi keselamatan masyarakat?. Selangkah akal digunakan, seribu keadilan dapat diperolehi.
"Thabit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment