07 February 2008

KEBENARAN



Assalamualaikum..

Kebenaran tidak dapat dipisahkan dari naluri seorang insan yang sihat. Mencari sesuatu yang salah untuk menunjukkan kebenaran itu boleh, tetapi mencari sesuatu yang salah untuk melindungi yang salah dan menutupi kebenaran adalah salah sama sekali.

Lawan kebenaran adalah kesalahan. Dua aspek yang sentiasa berputar di ruang kehidupan makhluk bernama manusia tidak akan dikenal pasti melainkan bukti yang tertera. Kebenaran dan kesalahan yang melibatkan asas, tidak memerlukan bukti yang susah dan payah. Asas yang dimaksudkan adalah "kepercayaan dalam kehidupan".

"Apakah mereka diciptakan tanpa (perlakuan) sesuatu pun atau mereka yang mencipta (diri mereka sendiri)?. Atau mereka telah menciptakan langit dan bumi itu?. Tetapi mereka tidak mengetahui". (52: 35,36)

Ambil masa yang singkat sahaja untuk mengetahui kebenaran tentang wujudnya Allah yang maha pencipta. Gunakan akal dengan kaedah yang "benar" melalui pertanyaan dan mejawab sendiri.

Contoh: tanyalah sesuatu apabila kita berada di dalam rumah; siapa yang menciptakan lampu, almari, buku, komputer, baju, seluar?. Dan kita bertanya lagi apabila berada di luar rumah; siapa yang mencipta langit, pokok, awan, matahari, bulan?. Semua itu pasti mudah menemui jawapan bukan?.

Yang nyata sesuatu kebenaran itu mudah untuk difahami dan kesalahan itu senang dikenali. Hanya selangkah kita gagahi untuk menemui kebenaran demi kebenaran.

"Thabit kulubana ala dinik"

0 kritikan: