09 February 2008
QODAR DAN QODO'
Assalamualaikum..
Alangkah bahagianya mereka yang mengenali sesuatu dengan keazaman yang kuat. Justeru, azam yang kuat pastinya dengan tiada bersifat malas. Azam yang kuat mendorong kita bersifat lebih berani dan yakin. Berazam dan diikuti dengan usaha, maka sesuatu itu pasti diperolehi.
Perbezaan antara dua pelaku yang berazam dan berusaha tidak diketahui melainkan hasil yang telah diperolehi. Persoalan di sini, hasil tidak semestinya diperolehi setelah berazam dan berusaha maka bagaimana kita mengukur bahawa berazam dan berusaha itu wasilah kepada kejayaan?.
Maka yang boleh kita katakan bahawa, itulah perbezaan diantara makhluk yang digelar manusia itu, sama ada mempercayai ketentuan Maha Kuasa atau tidak. Apabila hasil yang kita inginkan tidak diperolehi, bukan beerti kita gagal tetapi apa yang diperolehi itu mungkin lebih elok atau setanding elok.
Berazam dan berusaha hanyalah satu perbuatan menunjukkan manusia itu lemah. Buktinya, menciptakan nyamuk pun tidak mampu dilakukan oleh manusia, ini pula keazaman dan usaha manusia, hendak menjamin apa yang ingin dikehendaki.
Berazam dan berushalah setelah itu berserah segala-galanya pada ketentuan Ilahi supaya hasil yang diperolehi tidak "membongkakkan" diri dan "melemahkan" diri. Bahawasanya setiap rukan iman itu mempunyai hikmah yang tersendiri.
"Thabit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment