13 February 2008

MATLAMAT


Ya benar, semua penduduk mahukan keamanan yang mencukupi. Ada kekurangan, ditambah tolak supaya menjadi sempurna. Yang satu menjadi dua, yang dua menjadi tiga dan seterusnya akan berubah dari masa ke masa.

Mana mungkin perubahan bergerak tanpa pelaku. Hanya termenung ke bulan dan menunggu bila jatuh ke riba. Hai manusia... buku kepunyaan sendiri hilang sudah terpekik dan terlolong "gerangan siapa yang mengambilnya" ini pula keamanan yang diimpi-impikan terjadi dengan sendiri?.

Apabila tidak mampu melakukan sendiri, apa salahnya berdua. Yang berdua mungkin inginkan yang lebih ramai. Makin ramai bermakna bermasyarakatlah sesuatu penduduk.

Sendiri atau berdua mungkin dapat bertolak ansur, tapi bagaimana sejumlah yang ramai itu dapat bertolak ansur tanpa perundangan dan peraturan?. Dengan kefahaman yang rendah juga kita mampu untuk mengatakan keperluan masyarakat kepada peraturan daripada pemerintah yang "bagus".

Sifirnya mudah saja, di rumah ayah menjadi ketua, di masjid imam menjadi pelaku dan di dalam negara sultan atau perdana menteri menjadi pemerintah. Setelah timbul konsep ini, maka persoalannya siapakah yang layak menjadi pemerintah?.

Akal yang sejahtera memandu bahawa orang yang elok-elok dan baik-baik adalah pilihan kita. Maka sifat beginilah yang kita inginkan pemerintahannya. Calon suami atau isteri inginkan kebaik akhlaknya, di masjid pula makmun inginkan imam yang berilmu dan beramal manakala pada masyarakat, tidakkah memerlukan sebuah gagasan yang tulus gerakannaya?

Hanya sebaris menggerakkan minda sudah kunjung tiba seribu baris persoalan , maka berapa banyak persoalan jika minda digerakkan selaju tiupan angin?.

"Apabila keluar tiga orang dalam satu permusafiran, maka hendaklah seorang daripada mereka dilantik menjadi ketua" (Riawayat Abu Daud daripada hadith Abu Said dan Abu hurairah)*

"Thabit kulubana ala dinik"

*Riwayat al-Thobrani daripada Abdullah, para perawinya adalah perawi al-Sahih sebagaimana dinyatakan dalam Majma' al-Zawaid 5/249

p/s : gambar amik dari sini

2 kritikan:

Mak Su said...

pilihlah ketua yang seswai

Anonymous said...

'Cantik' la ko punya penulisan. Best.