10 February 2008

SETIAP LANGKAH




Assalamualaikum..

Apa yang ada jarang diambil perhatian, sedangkan yang tiada ingin dimiliki, manakala yang hilang pula, ditagih kembali. Bukan menghukum, tapi kenyataan sifat seorang insan.

Lakukan apa saja, kelakuan itu pasti disebut kembali. Makan, minum, berlari, berjalan, bermain, tidur dan segalanya. Tidak lupa, niat atas dasar kebaikan dan keburukan kelakuan juga adalah dalam lingkungan sebutan. Kerana apa kita makan?, kerana apa kita melihat?, kerana apa kita begitu dan begini?.

Alangkah indahnya tiap kelakuan diri disedari oleh kita. "Macam" ingat peraturan ketika di jalan raya. Lampu merah dah lampu hijau ditelusuri dengan penuh berhati-hati. Silap sedikit, mungkin "pak cik seragam putih" memanggil kita dan berminat dengan tandatangan kita.

Begitu juga sebenarnya kita, perlu berwaspada tiapa gerak langkah. Apa yang pasti kelakuan dan niat kelakuan, akan dihitung semula. Sekecil-kecil kuman hinggalah sebesar-besar gajah pasti hitungan akan dilakuan.

Sekiranya kita sayangkan seseorang, maka tegurlah. Seolah-olah kita berkata "Mat, jangan buat kemungkaran tu, nanti ko akan dilanda kepayahan di hari perhitungan kelak". Tidak tegur secara besar, kecil pun memadai.

Roh ini sebenarnya perlu disemai dalam masyarakat. Contoh: apabila seseorang mencuri, apakah yang terlintas di benak pencuri itu?. Mesti takut "terkantoi" dan dihukumi penjara bukan?. Persoalan di sini, bagaimana sekiranya dia mencuri dalam keadaan "tenang"?. Pencuri itu pasti melakukan pencurian lagi bukan?. Manakala pencuri yang mempunyai roh "kelak aku akan dihitung setiap amalanku" pasti berhenti dari melakukan pencurian tersebut.

Dari sekecil-kecil jenayah, hingga sebesar-besar jenayah, undang-undang Pencipta telah menetapkan garis panduan petunjuk. Kerana itu, apabila hukuman di dunia terlepas, hukuman akhirat bagaimana?.

"Apakah yang Mencipta tidak mengetahui (zahir dan batin)?, dan Dia Maha Halus, lagi Maha Mendalam pengetahuannya" (al-Mulk 67: 14)

"Thabit kulubana ala dinik"

0 kritikan: