Assalamualaikum...
Apabila sesuatu impian telah dikecapi, jangan terlupa untuk mensyukuri. Nikmat yang ingin dikecapi lebih mudah untuk memperolehinya berbanding memeliharanya. Telah terbukti sejarah "daulah Islamiah" telah tergugat disebabkan alpa dengan nikmat yang dimiliki.
Lihat sahaja Granada, Konstantinopel, Fatimiah, Umawiah, Othmaniah dll semua kini menjadi sejarah agung bagi umat Islam. Keruntuhan tersebuat disebabkan kelalaian dan ianya tidak dapat dinafikan kerana sejarah adalah fakta.
Teringat dahulu kala, pendidikan sejarah Malaysia seolah-olah bermula dari 31 Ogos 1957. Buku-buku sejarah mengagung-agungkan Tengku Abdul Rahman adalah penyelamat Tanah Melayu dari penjajah. Bermula dari situ, maka muncullah pemikiran yang mengatakan "keamanan adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin".
Wahai tuan menteri, kalau tiada rakyat, mana adanya menteri. Maka hubungan rakyat dan menteri mesti ada "check and balance". Pemerintah perlu berkhidmat kepada rakyat dan rakyat perlu membantu pada pemerintah. Ingat, pemerintah yang adil lagi tidak menzalimi...
Bukan semudah memamah kacang untuk membina "daulah rakyat" tetapi ianya memerlukan fikiran yang kritis dalam membentuk tamadun yang "hadhari". Apatah lagi Malaysia diduduki oleh pelbagai kaum, kepercayaan antara kaum diperlukan. Mungkin kita berperasangka, setelah Pualu Pinang dialih kuasa, maka jadilah "SINGAPURA" ke dua. Bukan itu sahaja, bahkan mempercayai akan berlaku huru-hara di Malaysia. Tidakkah kita terfikir, bukan bangsa Melayu sahaja memerlukan keamanan, bahkan bangsa lain juga memerlukan.
Terlupakah kita?, insan ini sama sahaja, memerlukan keamanan dan kedamaian. Apabila huru-hara ada, bukan hanya bangsa melayu yang melarat tetapi mereka juga. Tiada faedah dan tiada berguna huru-hara ini. Aduhai berfikirlah...
Kini, kita sama-sama merancang bahawa "rakyat adalah kuasa". Untuk menjadi kuasa kita perlukan tenaga. Maka ketahuilah bahawa tenaga itu adalah ilmu. Jadi, bersama menjadikan ilmu petunjuk rakyat...
"Thabit kulubana ala dinik"
1 kritikan:
Aku tak setuju dengan sebahagian orang yang memukul rata setiap bangsa, tapi dalam masa yang sama kita hendaklah sentiasa berhati-hati.
Post a Comment