18 March 2008

MERANCANG

Assalamualaikum...

Bersungguh dalam melakukan sesuatu mencerminkan keinginan yang mendalam seseorang itu. Dengan kesungguhan, manusia mampu mencapai apa sahaja hatta mencapai bintang di langit sekalipun...

Untuk mencapai kesungguhan yang "bagus" akal perlu digunakan untuk mengimbangi keperluan. Apabila menggunakan akal, manusia tidak akan melakukan sesuatu di luar batas pemikiran. Akal akan menolak segala unsur-unsur yang menyalahi adat sebagai seorang manusia. Mana mungkin akal dapat menerima kezaliman, penyelewengan, kerosakan, penindasan dan pecah amanah...

Tetapi, pada satu ketika, akal ini juga tidak mampu berfikir tentang perkara-perkara di luar batasan. Sebagai contoh, akal mampu berfikir setiap sesuatu yang dilihat (kereta, buku, lampu dll), ada pembuatnya. Tetapi akal tidak mampu untuk berfikir sesuatu yang membesar (pokok, haiwan dan manusia), ada pembuatnya. Justeru itu,suntikan ilmu perlu dibekalkan bagi mengimbangi kebolehan akal ini. Maka akal memerlukan ilmu dan ilmu memerlukan kebolehan akal.


"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: