22 March 2008

AGENDA MELAYU ATAU AGENDA ISLAM

Assalamualaikum...

Dengar saja tajuk kita sudah akur bahawa agenda Islam lebih penting dari agenda bangsa itu sendiri. Tetapi ada yang berkata, perbincangan yang lebih baik adalah dengan penggabungan dua unsur ini iaitu Melayu dan Islam.

Pertamanya kita perlu mengakui bahawa Malaysia diduduki oleh pelbagai kaum, justeru perbincangan yang mengguris bangsa selain Melayu perlu dielakkan. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia kini inginkan keadilan yang selama ini disembunyikan. Kata-kata yang bersifat begini "Tanah Melayu Hak Melayu" atau "Hidup Melayu" atau "Melayu Akan Merempat di Bumi Sendiri" secara tidak langsung akan mengguris hari selain Melayu.

Apakah kita terlupa bahawa sejarah terdahulu yang menjadikan Malaysia berkeadaan seperti ini?

Apakah kita terlupa selain Melayu juga mempunyai perasaan insaniah?

Berbalik kita pada fitrah asal bahawa, masyarakat yang aman bukan berpegang pada kehidupan bangsa semata, tetapi bepegang pada perinsip keadilan dan ketelusan. Sejarah kerosakan tamadun mengajar kita kezaliman adalah punca perpecahan, maka mengapa kita ingin mengembalikan kerosakan kerana telah mengetahui kezaliman punca keruntuhan??.

Agenda Islam sebenarnya telah mengajar kita erti keadilan dan ketelusan. Apabila berkata Islam maka agenda lain perlu di bawah ajarannya. Kita telah mengetahui bangsa Malayu kebanyakan beragama Islam, jadi mengapa takut untuk mengangkat agenda Islam berbanding agenda Melayu??.

Dengan Islamlah manusia telah terselamat dari jurang kebodohan. Dengan Islamlah manusia telah berjalan di atas jalan yang lurus. Islam bukan pada nama sahaja tetapi pada seluruh permukaan permukaan.

Islam adalah seluruh aspek hidup. Antara ajarannya adalah bermuamalat bersama bukan Islam berdasarkan suasana dan zaman tertentu. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang diduduki oleh pelbagai kaum dan agama. Menafsiran yang berbeza di kalangan ahli ilmu Islam dari semasa ke semasa sememangnya diperlukan. Penafsiran ini bukan bererti membelakangi nas tetapi menyampai maksud nas.

Apakah ajaran Islam mengajar erti keamanan diutamakan terhadap orang Islam sahaja?.
Apakah ajaran Islam mengajar berpelukan dengan selain Islam adalah menjijikan?.
Adakah persepakatan dengan selain Islam tidak dibolehkan dalam suasana dan keadaan tertentu?.
Adakah Islam ini terlalu sempit sehingga menyebut Islam sahaja tebayang solat, zakat, haji, zikir-zikir?.
Apakah Islam tidak menjamin harta selain bukan Islam?.

Jawapanya: bertanyalah pada ahlinya.....


"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: