26 March 2008

SOLAT MENYUSAHKAN?

Assalamualaikum..

Pelbagai faedah diperolehi sekiranya seorang Islam melakukan rukun Islam yang ke dua iaitu
solat. Solat adalah satu perlakuan yang wajib ke atas orang Islam, tetapi kerana alasan-alasan yang yang melucukan, dikatakan gugur perintah tersebut.

Haram kejadah mereka berdalilkan:
"la yakallifullahu nafsan illa wusa'ha"(tiada paksaan dalam agama)

Ya akhi wa ya ukhti!!!!!!. Islam memerintahkan solat bukan secara semberono, tetapi kerana malas berfikir dan malas belajar, baginya solat perlakuan yang menyusahkan.

Pagi-pagi untuk tidur..
Tengah hari untuk bekerja, tidak sempat hendak melakukan. Badan kotor..
Petang, balik dari bekerja. Penat dan kalau sempat kadang-kadang buat..
Maghrib buat kadang-kadang sebab tak ada member nak lepak..
Malam tempat relaks tension. Tengok movie dan tidur untuk bekerja esok..

Kalau kepala akal mereka digerakkan sedikit, mereka mampu berfikir. Solat sebenarnya:

Jadual harian dan dapat mengetahui perjalanan masa secara tidak langsung..
Waktu-waktu solat melatih diri menepati masa dan secara tidak langsung dapat menepati masa apabila berbuat perjanjian..
Melakukan senaman sama ada luaran atau dalaman..
Mengetahui bahawa diri ini hidup di dunia bukanlah sia-sia..
Supaya bersabar ke atas bala yang menimpa..
Memperolehi tarbiah..
dll..

Lihat, ini baru sedikit.

Apa yang pasti, solat juga mengajar erti; setiap perbuatan sama ada makan, minum, berjalan, bermain, bergaduh, bersuka-ria adalah semata-mata kerana Allah tuhan pencipta alam. Justeru, tiada perbezaan dalam "KETAATAN" kepada Allah apabila di dalam solat dan diluar solat.

Di dalam solat tata tertib perlu dijaga, begitu juga diluar solat akhlak dan perintah Allah perlu diikuti tanpa berbelah bagi.Tiada juzuk' dalam hal perlaksanaan hukum Allah. Tiada juzuk' untuk mengingati Allah.

Bagi yang tidak mengetahui cara bersolat, lakukan sahaja apa yang diketahui tetapi dengan syarat bahawa dia perlu mencari ilmu.

Penguasaan ilmu solat, perlu disebarkan secara pengajaran yang meluas sebenarnya. Maka pemerintahan yang benar-benar mahukan Islam dapat dilihat apabila mereka menekankan aspek ini. Aspek solat...

Sesungguhnya dunia ini, hanyalah satu permainan..
Sesungguhnya hidup di dunia tiada sia-sia..
Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang..faqfirli ya Allah

"Thabit kulubana ala dinik"

0 kritikan: