25 March 2008

SELANGOR BARU

Assalamualaikum..

Masakan manusia itu tidak akan melakukan kesilapan. Fitrah manusia apabila berada ditempat yang selesa, pelbagai mehnah(ujian) akan bersamanya. Kisah yang lama dilenyapkan kerana bersangka bahawa telah selamat dan selesai selamanya.

Masakan manusia itu tidak akan melakukan kezaliman. Apabila merasakan dirinya berkuasa, maka tumbuhlah qurnain(dua tanduk) syaitan yang menguasai dirinya. Disangka kekuasaannya adalah hasil dari usaha sendiri akan membuahkan dirinya melakukan kezaliman.

Satu matlamat manusia ini hidup berkelompok ialah menginginkan keamanan dan keadilan. Kelompok manusia ini tidak semunya mempunyai kebolehan yang sama, bahkan mereka memerluka satu sama lain untuk mengimbangi kehidupan mereka. Ada yang pandai berlari, bercakap, berhibur, bersyarah, memerintah dll.

Sebagai rakyat yang menduduki negeri yang maju, keadaan yang sama tetap berlaku. Memerlukan keseimbangan seperti memberi kritikan dan menerima kritikan, tetapi skop kritikan itu perlulah kepada aspek yang membangun dan membina.

Apabila satu aspek sahaja ditekankan, rakyat memendam rasa dan ledakan ketidakstabilan akan berlaku. Ini dibuktikan dengan termaktunya sejarah yang terdahulu. Lihat sahaja apabila Umar al-Faruq menduduki pemerintahan, beliau berkata:

"Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku keaiban diriku"

Beliau berkata lagi:

"Wahai manusia, sekiranya kamu melihat aku menyeleweng daripada jalan kebenaran maka perbetulkanlah aku"

Dalam hal ini, pemerintah memerlukan nasihat daripada rakyat. Nasihat dan teguran perlulah seiring dengan keadaan semasa. Rakyat Selangor khususnya mempunyai cabaran untuk mengkritik setelah kerajaan negeri berubah wajah. Kritikan memerlukan prosedor yang perlu dipelajari demi keselamatan bersama.

Kita tunggu dan lihat...


"Thabit kulubana ala dinik"

0 kritikan: