Assalamualaikum..
Manusia sentiasa berubah. Kita telah melihat pelbagai aneka ragam manusia yang dahulunya bagus dan pada masa sekarang kurang bagus. Ada juga yang dahulunya pemalas sekarang sudah jadi pegawai atau penyelia.
Pelik tapi kita telah menyaksikan sendiri.
Sekiranya kita melihat pada realiti diri sendiri, kita boleh berubah sama ada inginkan kebaikan atau keburukan. Apabila kita cemerlang dahulu tidak bermakna akan cemerlang selama-lamanya. Apabila kita kurang cemerlang dahulu tidak bermakna kita tersungkur selamanya.
Apa yang penting ialah usaha untuk mendapatkan hasil, bukan hasil untuk mendapatkan usaha. Di samping itu, jangan terlupa untuk mencari jalan redhaNya.
"Thabit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment