17 May 2008

TIADA YANG KETIGA

Assalamualaikum...

Dua perkara yang perlu kita yakini dan sesiapa yang menidakkan atau menafikan, akan dimasukkan ke dalam golongan orang yang tidak beriman.

SYURGA dan NERAKA

Biasanya manusia akan berharap mendapat pilihan yang ketiga. Ketiga yang disangkakan wujud di alam sana. Ketiga yang disangkakan adalah golongan yang "bernasib baik" dan mendapat rahmat di alam sana. Ketahuilah bahawa yang ketiga tidak wujud, malahan ianya adalah perkara dibuat-buat oleh pemikiran hawa nafsu jahat.

Sudah pasti apabila masyarakat mengakui akan wujudnya dua perkara ini, kehormonian sesama kita akan terjamin. Rasuah, pecah amanah, mencuri, mencerca hukum Allah, semua itu dapat dikurangkan.

Permasalahan di sini ialah masyarakat Malaysia sekarang banyak diajar takut akan penjara, ISA, rugi, bangkrap, sedangkan semua itu apabila penguasa tidak lihat maka penjahat-penjahat dapat melakukan juga. Dimana tarbiah takutkan ALLAH itu??.

"Thabit kulubana ala dinik"

0 kritikan: