16 May 2008

BUKTI DENGAN ANGGOTA

Assalamualaikum...

Masih kekadang manusia terasa alam ini tiada penciptanya. Soalan yang sering menggangu di benak fikirannya ialah "Mana dia pencipta kalau wujud??.

Benar manusia sering bersikap begitu kerana malas menggerakkan akal. Cuba kita berkomunikasi dengan anggota sendiri untuk mengenal dan mengetahui adakah pencipta hakiki itu wujud??.

MATA-kerana mata kita yakin bayang-bayang itu wujud, padahal kita tidak boleh menyentuhnya atau mendengarnya. Begitu juga cahaya, kita yakin wujud. Wujud kerana dilihat oleh mata.

TELINGA-pelbagai suara kita mendengar setiap hari, tapi bolehkah kita menyentuh suara itu selain telinga yang merasainya.

HIDUNG-ya, ada pelbagai wangian dan haruman, tapi dapat dilihatkah bauan itu oleh mata??.

MULUT-setiap hari kita berkomunikasi dan kita faham, tidak bolehkah kita berkomunikasi melalui telinga sahaja dan kita akan faham.

dll

Begitu juga dengan keyakinan adanya Allah. Memang kita tidak dapat merasa dan melihatNya, tetapi kesan kekuasaanNya wujud dimana-mana. Siang, malam, pokok dll. Apabila kita dapati cahaya yang sangat terang, atau bunyi yang sangat kuat, adakah kita mampu untuk berhadapan dengan keduanya??. Pasti kita tidak mampu, dan inikah pula zat Allah yang kita ingin lihat, sedangkan Allah tidak dapat disamakan dengan sesuatu.

Kalau Allah wujud, apakah bentuknya??. Kalau kita menyemak al-Quran, Allah bersifat dengan sifat yang tidak sama dengan makhluk, tiada anak dan tidak diperanakkan dan tiada siapa yang sebanding denganNya. (kerana itu kita perlu sentiasa bertasbih "subhanallah" supaya kita tidak memikirkan Allah menyerupai dengan sesuatu).

Tapi bagaimana pula di dalam al-Quran ada menyebutkan TANGAN ALLAH. Ya, benar. Untuk membincangkan lebih luas, sebenarnya kita perlukan ilmu. Kalau diteliti dengan baik, ayat tersebuat dinamakan "mutasyabih"( dalam Bahasa Melayu bermakna "persamaan", tetapi makna tersebut tidak seberapa tepat-harap maklum).

Jadi bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk membawa ilmu ini, maka selamatnya membaca perkataan tambahan yang ada di dalam kurungan(....) dalam tafsiran al-Quran Bahasa Melayu.

Kerana iman manusia ini berbeza, para ulama' zaman dahulu telah menyusun ilmu yang dinamakan "sifat 20" bagi menempis persamaan Allah dengan sesuatu dan lebih-lebih lagi perluasan Islam yang datang dari pelbagai fahaman sama ada Yunan atau Ruman.

Sedih dan pelik kekadang kerana masyarakat di Malaysia disuruh menjadi orang berakhlak dan berbudi, tetapi dijamukan dengan hiburan yang melampau sedangkan Allah tidak diagungkan.

"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: