Assalamualaikum...
Pasti ada konflik dalam apa keadaan sekalipun. Begitulah fitrah sebagai insan yang bergelar manusia.
Ingatlah bahawa ketabahan seseorang tidak diketahui selagi ia belum diuji sama ada dalam posisi sabar atau posisi berputus asa.
Dengan ujian dan konfilik inilah manusia kadangkala tersentak dari lenanya. Baru tersedar akan dirinya bukan dalam jalan yang ditunjuki pencipta. Bukan juga jalan yang ditunjuki Islam dan Iman. Justeru, kadangkala konflik pada manusia ini bertukar menjadi nikmat..
Ingatlah, bagaimana ingin mendapat ketabahan sedangkan Islam itu dipisahkan dari cara hidup??. Kerana Islam itu adalah segalanya..ekonomi, sosial, pengajaran, pengajian, pendidikan, politik dll.
Berikanlah ya Allah, nafas baru terhadap kami untuk menyelesaikan masalah yang seringkali timbul. Berikanlah ya Allah, kami hidayah terhadap apa yang menimpa ke atas kami. Amenn...
"Thabbit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment