21 May 2008

WAKIL ATAU PEMIMPIN

Assalamualaikum...

Kita sering mendengar, pelbagai versi yang dimaksudkan dengan pemimpin. Sama ada mengetuai, mengepalai, menunjuki, meneladani, atau seumpamanya.

Apabila merujuk pada Islam, pemimpin merupakan satu aspek yang penting dalam kemasyarakatan. Mana tidaknya, siapakah yang akan memberi "mando" sekiranya sesuatu hal terjadi. Adakah semua manusia akan menjadi hakim apabila sesuatu berlaku??. Contoh :

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, maka potonglah tangan keduanya (5:38)

Tidak masuk akal semua muslim akan memotong tangan pencuri yang seorang melainkan wali atau pemimpin yang telah dipilih memotong tangan pencuri tersebut.

Oleh yang demikian, pemimpin patut mempunyai kelayakan dalam kepimpinanya. Bukan kerana tamakkan harta dan gilakan pangkat ia menjadi pemimpin, tetapi kerana memimpin untuk kebajikan rakyat. Rakyat pula perlu melihat dengan jelas, siapakah pemimpin yang perlu dilantik, adakah ia bersama dengan pasukan cintakan keadilan atau sebaliknya??.

"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: