31 May 2008
PMMM: LATIHAN DAN TAMRIN
Assalamualaikum...
Wakil yang dilantik pasti mempunyai ciri-ciri yang menarik, tertarik serta berkebolehan. Sementara memilih calon yang benar-benar mempunyai skop ini, mari kita lihat apakah yang dikatakan "menjadi pemimpin"??.
Adalah yang diperlukan bagi seorang pemimpin ialah keberanian. Biasanya kepimpinan itu menonjol diolehkan pengalaman seseorang yang dahulu-kala ia juga seorang pemimpin. Bahkan kepimpinannya disokong baik oleh rakan-rakannya.
Justeru apabila kepimpinan diasah dan diasah sehingga ke alam menara gading, kebolehannya pasti menjadi lebih tajam dan berkilau. Bertambah lagi akan kebolehannya..
Pada masa yang sama, tidakkah mereka yang baru tersedar akan kepentingan kepimpinan ini dapat dinaikkan menjadi "pemimimpin"??. Malahan dapat bersaing dengan rakan-rakannya yang telah diketahui akan kepimpinannya.
Dalam konsep ini, sangkaan bahawa sesuatu itu bermula dari tengah adalah sangat menjengkelkan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, kepimpinan sebenarnya bukan berlaku dari kebolehan diri yang berlaku secara automatik. Hidup-hidup di alam menara gading, kepimpinannya muncul. Karut...
Parang yang diasah lama-kelamaan menjadi tajam inikah pula manusia.
Sesuatu itu pasti berlaku dari satu dan kemudian menjadi dua, tiga serta empat. Dari bawah ke atas, dari belakang ke hadapan, dari tua ke muda, dari sedikit kepada banyak.
Asas yang utama dalam kepimpinannya adalah usaha diri. Dengan skil yang baik, ditambah pula perubahan dalam pembinaan akhlak diri, kepimpinan itu pasti bercambah. Berkat dari usahanya serta sokongan dari persatuan, tidak memustahil kepimpinannya lebih maju dari sebelumnya.
Perlu ingat, jangan berkawan dengan mereka yang ingin mendapat keuntungan dari kepimpinan. Apabila tiada untung meteralistik, dorongan tidak diberikan lagi.
Maka sebagai ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia di Magribi (PMMM), dinasihatkan supaya tidak menyisihkan ahli yang mungkin tidak bersinar di dasar laut tetapi bersinar setelah digilap dan diasah. Bahkan lebih bernilai dari permata yang lain.
Bagi yang tidak pernah memegang sesuatu kepimpinan, janganlah berbica takut untuk berkepimpinan. Takut adalah fitrah. Ketakutan itu hilang apabila kekuatan disemaikan.
Bersatulah ahli-ahli persatuan serta saling sayang-menyayangi agar kita seperti satu tubuh. Apabila sakit tangan kanan, tangan kiri juga berbicara. Kita adalah umat yang beruntung, umat Muhammad SAW.
Abu Hamzah, Anas bin Malik ra menerangkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri". (Bukhari dan muslim)
Ya, permasalahan pasti berlaku, tetapi bermusyarah, bertasamuh dan berbincanglah. Insyallah, semakian bersinar bumi Magribi ini...
Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-dary ra :
"Agama itu nasihat",
kami bertanya, "bagi siapa?",
Beliau bersabda "bagi Allah, kitabNya, rasulNya, pemimpin kaum Muslimin dan bagi kaum Muslimin". (Muslim)
"Thabbit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment