31 May 2008

ILMU FIQH

Assalamualaikum...

Ilmu fiqh adalah satu cabang ilmu yang wajib dipelajari oleh orang Islam sama ada secara ikutan (taqlid) atau berhujah. Kemampuan manusia yang berbeza-beza menjadikan keadaan sedemikian.

Banyak perbahasan dari para ulama tentang "dibolehkan bertaqlid bagi mereka yang tidak berkemampuan". Perbahasan ini agak panjang. Untuk mengetahui lebih lanjut, bertanya pada mereka yang adil dan dipercayai.

Apabila kita melihat Islam di Malaysia penganutnya bukanlah berbangsa Arab. Maka persoalnnya bagaimana ingin mengatakan diri tidak bertaqlid sedangkan Bahasa Arab tidak dikuasai?. Menguasai...

Berbalik kepada ilmu Fiqh, Imam Hujjahu al-Islam Ghazali mengatakan ianya adalah ibadah dan muamalat sama ada berkaitan politik, ekonomi, hukum atau perkara yang berkaitan dengan kebaikan dunia. Contoh ilmu Fiqh; solat, zakat, puasa, haji, hudud, hukum mencederakan orang dll.

Imam Ghazali tidak setuju bahawa sebahagian ulama mengatakan "kefaqihan hanya membicaraan tentang Islam, syarat-syaratnya serta tidak dibicaran kecuali lisan (perkara yang disebut di mulut sahaja). Justeru perkara berkaitan dengan hati tidak termasuk dalam kefaqihan itu".

Solat yang sah perlaksanaannya adalah memenuhi syarat-syarat. Tetapi, sekira pelaku solat tersebut cuai kerana menghadirkan hati pada kerja-kerja "dunia", seperti mengira untung rugi di dalam perniagaannya, sudah pasti solat tersebut tidak diterima di akhirat kelak. Ini kerana kealpaan menjaga hati.

Perumpamaan ini boleh diibaratkan seorang yang mengaku di mulutnya Islam, tetapi di dalam masa yang sama hatinya menafikan keislamannya.

Bermakna ilmu Fiqh semata-mata tidak berguna tanpa menghadirkan ilmu yang lain yang berkaitan dengan hati. Oleh itu, pelajarilah ilmu yang berkaitan dengan hati disamping mempelajari ilmu Fiqh; ulumu al-Mutasauwifah (ilmu tasauf).



"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: