25 June 2008

ALAM DAN TABIAT

Assalamualaikum..

Manusia sebahagian daripada alam. Apabila dikatakan alam maka tabiat alam ialah pembaharuan. Lihat, tumbuhan yang kecil menjadi besar, siang menjadi malam, hari ini menjadi esok. Manakala manusia pula bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa menjadi tua. Alam tidak boleh tidak mesti berubah.

Yang pasti setiap sesuatu itu ada tarikh tamatnya. Mati.

Pen pada asalnya diletakkan di atas meja. Pada masa yang lain pula pen yang berada di atas meja berubah tempat ke bawah meja. Dalam pemikiran kita yang sehat, adakah perubahan itu terjadi dengan sendiri atau ada seseorang yang merubahnya?. Pasti ada seseorang yang mengubah pen tersebut.

Begitu juga alam dan tabiat. Perubahan-perubahan yang terjadi bukan dengan sendirinya. Ada sesuatu yang mengubahnya. Sesuatu yang hebat yang tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Sesuatu yang maha menguasai tiap sesuatu. Sesuatu yang tiada dua, tiga dan hanya satu-satunya. Allah.

Allah telah mengutuskan rasul supaya mengajar erti alam dan tabiatnya, justeru dapat mengetahui Allah sahaja yang berhak disembah. Kerana itu apabila membicarakan Islam pasti ada rahsia yang tersembunyi.


http://al-bakistani.blogspot.com/
http://abumuslimhakim.blogspot.com/
http://alhammasiyy.wordpress.com/

Dan cerita mengenai guru kami di sini
http://alhammasiyy.wordpress.com/

"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: