23 June 2008

BERSIH HATI DAN ANGGOTA BADAN

Assalamualaikum..

Solat, puasa, zakat dan sedekah adalah usaha-usaha untuk membersihkan hati dari melakukan perkara mazmumah. Justeru, usaha-usaha tersebut adalah benteng bagi kekuatan iman kita.

Amalan yang baik bukan semata-mata melakukan kerja kerohanian, bahkan perilaku luaran sedikit sebanyak juga menyumbang pada tingkat keimanan kita. Solat tanpa membersihkan badan, adakah ianya satu amalan yang terpuji?. Berzikir di dalam bilik yang bersepah dan berbau, adakah menyumbang pada kekhusyukan?.

Ya, sebagai orang beriman, persekitaran perlu diambil kira. Tandas, tempat tidur, bilik, kasut, pakaian, rambut, kuku, anggota badan, dapur perlu diambil kira seperti mengambil kira tentang adab tertib perilaku solat.

Bukti, lihat saja negara Eropah, persekitaran dijaga berbanding umat Islam rumah-rumahnya ibarat "tongkang pecah".


"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: