Assalamualaikum...
Hari ini kita dimuliakan dengan Islam. Esok, kita mengharap keislaman ini akan kekal. Islam dari permulaan wahyu hingga kini tidak lagi berubah. Yang berubah adalah masa dan keadaan. Pun begitu, Islam masih lagi "relaven". Dulu kini dan selamanya.
Anggapan Islam telah terhakis dek zaman adalah "dakwaan palsu". Batil dan tidak berasas. Asas Islam adalah al-Quran, hadith, Ijma' dan qias mengikut persepakataan ahli ilmu Islam. Asas-asas ini disusun mengikut tertib. Salah, bermula dari qias dan berakhir dengan al-Quran. Dan ada lagi asas-asas Islam yang tidak dipersepakati...
Apabila sesuatu diperselisihkan, kembali kepada asas-asas tersebut. Manusia punyai jasmani dan rohani. Begitu juga asas-asas Islam, perlu penafsiran, penjelasan, penerangan, penelitian, pengkajian, peloporan. Bukan dipandang "zahiriah" semata-mata.
Bagi yang tidak mampu menguasai asas-asas ini dengan baik dan jitu, kemaafan diberikan. Kemaafaan bermaksud mengikuti peloporan ahli-ahli ilmu Islam yang terkenal. Contoh; Imam Syafie, Imam Maliki, Imam al-Asa'ri dll. Bukan kemaafan itu, mengikut hentam kromo dalil yang dicapai.
Biasa kita akan kedengaran "mereka itu bukan ma'sum" atau "wahyu tidak diturunkan pada mereka". Maka sebab itu, kita perlu berpegang pada Quran dan sunnah. Jawablah pada mereka itu, begini.
Kalau mereka bukan ma'sum, kamu ma'sum ke ?
atau
Quran disiap satukan di dalam mashaf pada zaman Khalifah Othman ra. dan dinamakan Mashaf Othmani. Ia dilakukan setelah nabi wafat. Oleh kerana mereka bukan nabi, Quran yang kamu baca sekarang ini kadang-kadang ada yang salah ye?
atau
Nabi sudah tiada, jadi siapa yang mengajar kamu ilmu kalau bukan manusia yang tidak ma'sum itu?.
atau
Kamu tahu ahli ilmu itu salah dan ahli ilmu ini betul, wahyu turun kepada kamu ke?. Atau nafsu kamu yang memandu pilihan tersebut. Dirasa sesuai "membabi buta" sebaliknya "dicerca dihina".
Berlapang dadalah wahai umat Islam sekalian...
"Thabbit kulubana ala dinik"
1 kritikan:
Keep up the good work.
Post a Comment