01 June 2008

PMMM: CALON PERSIDEN


Assalamualaikum...

Persiden sudah pasti mempunyai sifat yang menarik serta cantik pada pandangan seseorang. Ini tidak dapat dinafikan...

Kali ini (tahun 2008) bakal persiden pasti mengemukakan orang baru dan orang lama. Orang lama yang terdiri dari pelajar-pelajar tahun 2005 dan ke bawah, manakala orang baru terdiri dari pelajar-pelajar tahun 2006 dan 2007.

3 pencalonan perlu diisi dan undian bakal dilakukan selepas tempoh tertentu. Semua gerak kerja ini dipertanggungjawabkan oleh SPR. Undian pengundi akan memilih 2 dari 3 pencalonan kerana untuk mengisi jawatan persiden dan timbalan persiden sahaja. Di sini saya melihat apabila undian hanya dipilih 2 daripada 3 calon, permasalahan pasti timbul... Insyaallah saya akan menulis permasalahan ini pada masa yang sesuai.

3 pencalonan ini pasti menggegarkan ahli PMMM. Mana tidaknya, colon baru pada kali ini dijangkakan mempunyai kekuatan tersendiri dan bakal memenangi persiden. Ditambah pula sokongan dari ahli PMMM yang melihatnya sebagai calon yang berkebolehan.

Adapun saya berpendapat sebaliknya. Saya lebih memberatkan persiden perlu dipilih dari kalangan orang lama. Kenapa?. Kerana "pemuka lama" mempunyai lebih pengalaman dan lebih dihormati berbanding "pemuka baru" yang tidak dinafikan mempunyai pengalaman tetapi kemungkinan sedikit dihormati.

Meh ramai-ramai kita undi orang lama...



"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: