01 June 2008

PMMM: LAWAN TETAP LAWAN

Assalamualaikum..

Pemilihan persiden memang diperlukan pada satu-satu pertubuhan. Hal ini boleh diibaratkan sebagai seorang mudir atau pengetua atau guru besar atau menteri besar yang menjaga kemaslahatan ahli-ahlinya. Sama ada gaya kepimpinannya secara tegas atau berseni.

Untuk pemilihan persiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Magribi (PMMM), persaingan pasti berlaku. Dengan kata lain "lawan tetap lawan".

Apakah sebagai manusia yang terpelajar, kita masih lagi mengamalkan budaya "pejam mata" untuk pemilihan calon?. Kita memilih berdasarkan autoriti "dia kawan aku masa di sekolah" atau "dulu dia teman permainan aku" atau "dia senegeri" atau sebab-sebab yang tidak pijak dibumi nyata.

Pastikan dalam pemilihan, kita mengenali setiap watak-watak yang layak ditandingi. Jangan kerana "fanatik" calon itu calon ini tidak dikenali. Terbuka hati dalam pemilihan agar persatuan yang dicintai ini dapat menberi manfaat.

Hakikatnya kita lawan tetap lawan tetapi dalam erti kata "tanpa perbalahan".


"Thabbit kulubana ala dinik"

1 kritikan:

Anonymous said...

PMMM 2008/2009:

Pengalamanm komitmen dan amanah...
PRESIDEN........FAIZI
Timb. Pres.......NOR ADLI

S/U Kehormat....FAKHRUDDIN
Timb. S/U1......AIMADUDIN
Timb. S/U2......WAJIA
Bendhri Agung...KHAIRUDIN
Timb. Bndhri.....HAFIZAH

Semoga Mendapat Keredhaan Allah sesi perkhidmatan 2008/2009...
Kecemerlangan dunia & akhirat..

ILMU AMAL ISTIQAMAH