21 September 2008
MALAYSIA-KU
Assalamualikum...
Cintakan negara merupakan sebahagian daripada iman. Tapi bagaimana mencintai adalah satu persoalan. Jawapan itu sebenarnya terletak pada diri kita sendiri.
Kita kadangkala terfikir, "aku hendak begini dan begini dan begini untuk Malaysia". Fikiran itu bagus kerana kita adalah seorang penuntut ilmu. Sudah pastu ilmu yang dipelajari ingin diaplikasi terhadap negara yang dicintai. Tapi...
Tapi kita seringkali lupa, realiti masyarakat yang perlu kita "islah". "Syok" sendiri memang seronok, hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Islam matlamat kita. Solat, zakat dan hukum Islam kita faham, tapi apa pula pandangan masyarakat terhadap perkara tersebut. Solat kerana takut cikgu marah..
Mereka bertanya "bagaimana ingin mengetahui realiti masyarakat?", katakan kepada mereka "terjun bersama mereka".
Ingat, tak banyak sedikit usaha pun OK.
"Thabbit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment