Assalamualaikum...
Allah adalah tuhan kita. Tiada dua tiada tiga. Tunggal, tidak beranak dan diperanakkan. Dialah tempat kita memohon munajat dan aduan. Bukti Allah itu ada cukup banyak.
Ya, adakah kita benar-benar yakin dengan i'tikad Allah itu ada atau sekadar ikutan tradisi?. Tepuk dada tanya iman.
Justeru, apabila kita sudah cukup yakin Allah itu ada, maka ajaran yang disampaikan melalui nabi kita Muhammad saw pun mudah diamalkan. Solat, zakat, puasa, haji, ekonomi, perniagaan, muamalat, politik, hukum-hakam.
Tapi kita sering berkata "aku hanya insan kerdil, tak mampu mengisi semua". Perlu kita ingat, belum cuba belum tahu. Akhirat kelak tidak diminta natijah yang akan diperolehi, bahkan diminta usaha yang kita lakukan. Sekiranya kita lemah berseorang, sertai jemaah, kumpulan Islam, persatuan Islam, kelab Islam dan parti Islam.
Blog?.Lagi cantik kalau anda ada blog.
"Thabbit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment