28 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....


Ramadhan tiba dan kini di penghujungnya,
Bulan rahmat, bulan yang penuh keberkatan,
Dibuka pintu-pintu syurga, dan ditambat syaitan2.
Bulan yang diturunkan Al Quran, petunjuk sepanjang zaman.
Padanya, Lailatul Qadr, yang lebih baik dari seribu bulan.

Ya Allah,
terimalah ibadah kami sepanjang Ramadhan,
Tetapkan iman kami
dan jadikan kami di kalangan hamba2Mu yang bertaqwa.
Semoga kami beroleh pengampunan dan bebas dari azab seksa nerakaMu.
Ya Allah,
panjangkan usia kami moga bertemu RamadhanMu yang akan datang.

Salam..

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kpd semua sahabat-sahabat sama ada yang berada di perantauan mahu pun di Malaysia terutama sekali buat MASTER blog ini Saudara Akmal (sahabat seperjuangan dr sekolah lg) yg tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan nasihat kpd diri yg dhaif ini. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama mu..teruskan perjuangan!!..

Tidak lupa kpd shbt-shtb perjuangan ku dr kecil SRI HIRA' (batch 10), SAMT BT 38, SAM HISAMUDDIN, KISAS dan shbt-shbt UM (terutama warga JSE)..andai diri ini ada terkasar bahasa atau terlanjur perbuatan maaf kan lah diri ini..Sesungguhnya diri ini hanyalah insan biasa yg tidak pernah lari dr melakukan dosa dan noda...

Semoga kita bertemu kembali pada RAMADHAN yg akn dtg..INSYAALLAH...

"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: