27 September 2008

SALAM AIDILFITRI 1429H

Assalamualaikum..

Salam Aidilfitri-ku ucapkan pada semua yang mengenali diri ini terutama ibu bapaku, beribu ampun ku minta andai ada tersalah budi dan bahasa. Engkaulah pembakar hidupku, engkaulah buah hatiku, engkaulah semangatku.

Pada kakak, abang, adik dan semua keluargaku, ku minta maaf andai ada silap dan salah. Ku rindukan kamu semua.

Rakan-rakanku di Malaysia, Magribi dan di mana sahaja ku minta maaf andai ada tersalah bahasa dan membuat luka di hati.

Tidak lupa juga ku ucapkan khas pada sahabatku saudara Haniffah, rakan kongsi blog http://wwwpage9.blogspot.com/ , sahabat-sahabatku di Mohammedia yang banyak memberi juadah puasa. Jazakalla hukhairan kathiran..

Kepada para pembaca blog-ku, ku ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri. Gunakan peluang umur yang panjang ini berbakti pada agama dan masyarakat.

salam perantauan
-mohamad akmal mohammad-
Tetouan, Magribi


"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: