Mengapa perlu bimbang dan takut apabila berbicara tentang hukum Allah?. Adakah suasana penentu kepada kebimbangan itu?. Mungkin ya, tetapi dalam keadaan Malaysia yang sudah cukup matang sekarang, rasa takut itu perlu dijauhi. Malaysia sudah mengeluarkan cendikiawan tempatan yang mampu membantu dalam perbincangan hukum-hukum Allah. Apatah lagi Malaysia yang kebanyakan penduduknya adalah orang Islam.
Usia 50 tahun tidak cukupkah untuk membuka sedikit laluan bagi membincangkan apa yang dibicarakan di dalam sumber rujukuan Muslim?. Sekiranya tidak diketahui makna dan persoalannya, maka bertanyalah pada ahli yang mempelajarinya. Sumber rujukan tersebut tidak dapat tidak mesti dipelajari dari kalangan ahlinya dan bukan dengan rujukan nafsu.
Saya kata begini, apakah permasaalahan Matematik itu dirujuk kepada guru Sejarah, atau mungkin guru Geografi?. Maka akal yang sihat pasti katakan tidak. Maka begitu juga hukum Allah ini.
Saya melihat kebanyakan ahli blog BPN(bukan semua) mencemari sifat Islam itu sendiri. Menghina ahli ilmu dikalangan agama. Sekiranya mereka katakan, "mengapa saya tidak mengancam blog-blog lain yang mencaci-caci seperti mereka?". Saya jawab begini, "kerana BPN ini adalah organisasi yang terdiri daripada orang Islam sedangkan blog lain kebanyakan adalah personal yang bukan berorganisasi".
BPN merupakan organisasi, maka apa salahnya wakil mereka berdebat dengan manusia yang dicaci dan difitnah itu, terutama ahli ilmu Islam. Saya yakin dan berkeyakinan, para ulama sentiasa berlapang dada dalam sesuatu yang ingin dibincangkan oleh mereka. Saya agak teruja apabila ahli mereka mencaci ulama tanpa sebarang kajian ilmiah. Ada ahli mereka membuat artikel dan artikel tersebut di "copy paste" sesama ahli mereka tanpa tahu artikel yang diletakkan itu bersifat merendahkan para ulama.
Adakah saya perlu berdiam diri sedangkan para ulama adalah pewaris nabi?.
Anda mempunyai ahli, maka bersepakatlah sesama ahli dalam sesuatu isu. Saya mengambil satu contoh organisasi yang berkehadapan iaitu PAS. Dalam pentadbiran PAS ada sebuah Majlis Syura Dewan Ulama yang terdiri daripada ulama dan umarak dalam membincangkan hala tuju parti. Majlis tersebut terdiri dari ramai dan bukan berseorangan.
Akal yang sihat akan mengatakan, yang ramai itu lebih dekat dari kebenaran daripada kerosakan. Dan saya katakan, PAS kuat kerana adanya majlis ini. Buatlah begitu pada organisasi anda, insyallah kuat dan mendapat sokongan dari orang kebanyakan.
p/s: Gazza oh...Gazza
"Thabbit kulubana ala dinik"
1 kritikan:
Terima Kasih...
Nasihat saudara kami akan panjangkan kepada ahli ahli...
Anggaplah kami budak budak nakal.
Anda guru agama yang diberi amanah mentarbiyah dengan amanah ilmu yang diterima..
Cuma, adakah semua ahli agama yang berkecimpung bidang politik sehingga setiap ahli politik dari background agama HARAM ditegur atau dinasihat ??
adakah semua mereka MAKSUM ?
Ingat lagi kisah Nabi Allah Yunus ditelan ikan Nun selama 40 hari kerana apa ?
Sendiri mahu ingatlah..
kisah tersebut dijelaskan Tuhan dalam kitab kita dan tentu ada MAKNA di sebaliknya...
apa ????
yer, ahli agama meninggalkan umatnya...
sekarang macam tulah yang terjadi....mereka telah ditelan NUN moden iaitu cinta dunia dan takut mati. sebab tu ramai tak nak turun lagi dari jawatan atau pangkat..
Ahli agama bukan lagi pewaris Nabi, sebab jika benar mewarisi Nabi tentu dia akan MENYATUKAN bukan memecah dan menghancurkan perpaduan umat ISLAM..
Nabi berjaya dan sesiapa mengaku dia ULAMA tentu akan berjaya..
Soalnya BERJAYA ke TIDAK ?
Ahh.....silap soalan pulak..
Memang TAK BERJAYA sebab ramai mengaku alim ulama tapi perangai memang HAPRAK..
Saya teringat Ulama yang JAHAT digelar Dajal sebelum Dajal..
Sebab mereka lebih bahaya dari harimau...
maaf yer komen panjang lebar budak nakal ni..
syukran ya ustaz.
Post a Comment