24 September 2008

HADITH


Assalamualaikum..

Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang-orang yang berpegang kepada kebenaran dan orang-orang yang melakukan kesalahan adalah seumpama penumpang-penumpang di atas sebuah kapal yang besar.

Sebahagian penumpang berada di atas kapal dan sebahagian berada di dalam perut kapal. Sekiranya orang-orang yang berada di bawah ingin mengambil air dan mereka malas untuk mengambilnya daripada bahagian atas kapal sebaliknya mereka menebuk dinding kapal dan mendapatkan air terus daripada lautan.

Sekiranya orang yang berada di atas hanya melihat sahaja (tindakan mereka menebuk dinding kapal), maka lambat laun seluruh kapal tersebut akan tenggelam, tetapi sekiranya mereka menegur dan mencegah perbuatan tersebut maka semua penumpang kapal tersebut selamat (kapal tidak karam)”

-riwayat al-Bukhari.

p/s: Minta maaf, saya tidak berkesempatan merungkaikan maksud hadith ini dengan lebih mendalam, tetapi sedikit sebanyak ada "value" yang jelas ingin disampaikan. Selamat menyambut akhir Ramadhan.

"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: