25 September 2008
RAMADHAN BERAKHIR
Assalamualaikum...
Setiap titis peluh yang kita usahakan pasti dipertanggungjawab di akhirat kelak. Mereka yang kenal dengan pencipta pasti berwaspada dalam melakukan sesuatu. Kerana mereka percaya, tidak terima balasan di sini, di sana menanti.
Puasa bukan hanya menahan makan dan minum, tetapi puasa dari melakukan perkara keji. Puasa anggota badan dari melakukan maksiat kecil atau besar. Bahkan puasa ini melatih diri dari berterusan mengamalkan kebaikan pada bulan selain Ramadhan. Hakikat ganjaran puasa ini telah dinyatakan milik Allah yang menilainya.
Apabila difikir, apakah puasa ini mengajar manusia tidak melakukan amalan songsang, rasuah, dengki, hasad, pecah amanah?. Jawapannya pasti ada. Mana tidaknya, mata yang melihat munkar dinilai sama, inikah pula rasuah dan pecah amanah. Hanya mereka yang benar-benar berpuasa takut melakukan jalan songsang.
"Thabbit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment