25 September 2008
KUIH RAYA
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kita masih melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Hanya sebulan berpuasa dan selebihnya diberi kebebasan dalam melakukan ibadah ini.
Sebulan inilah sebagai latihan untuk menghadapi bulan-bulan yang lain. Sabar, teguh hati, merasai kesusahan manusia lain, berlapang dada, jujur melakukan sesuatu dan banyak lagi natijah yang diperolehi semasa di bulan Ramadhan.
Datangnya Ramadhan mengingatkn manusia kembali kepada fitrah sebenar. Manusia perlu "recall" untuk kesegaran rohani dan jasmani. Mana mungkin manusia sentiasa melakukan kebaikan tanpa peringatan yang diperolehi sepanjang hari atau minggu atau tahun.
p/s: Terima kasih cik Nafir, kuih raya itu sungguh sedap.
"Thabbit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment